Sunday, December 20, 2009

Review @ Safira Club, Seberang Jaya

Seminar Keusahawanan Islam telah berjalan dengan lancar dan jayanya di Safira Club. Ramai yang hadir sampai tak muat bilik seminar. Terpaksa buat second session walaupun jam dah pun pukul 11 malam. Di belakang ramai juga yang terpaksa berdiri tapi tak jadi hal sebab ramai yang tidak mahu melepaskan peluang.....




Mungkin inilah satu-satunya peluang yang akan mengubah nasib anda di tahun 2010. Kadang-kadang peluang hanya datang sekali sahaja. So just grab the opportunity.... Kalau anda tak ambil orang lain akan ambil peluang itu jadi anda masih di takuk lama. Jadi marilah kita sama-sama mengambil peluang ini dan sama-sama mengubah nasib kita di tahun hadapan.

Kemeriahan di Safira Club lebih hangat dengan kehadiran orang kuat WHR En.Sabbri yang turut sama menyampaikan penerangan kepada para hadiran. Orang ramai mendengar dengan penuh minat dan tidak berganjak dari tempat masing-masing. Beliau berkongsi tips bagaimana bergelar jutawan dalam masa 8 bulan. RM 1.6 juta telah berjaya beliau kumpul dalam tempoh itu. Kini telah berjaya mencapai sehingga RM 5 juta. Anda juga boleh bergelar jutawan dalam tempoh 1 ke 1 setengah tahun jika tahu caranya. So join us now.....



Di samping itu slot cikgu dan En. Suhaimy masih juga dibuat seperti selalu. Ramai yang kagum dengan slaid presentation cikgu yang lain dari yang lain. Memotivasikan diri peserta untuk bangkit dan memperbaiki diri masing-masing. Jika mereka boleh berjaya, kita juga boleh......




Cabutan bertuah kali ini lebih hebat dan grand lagi kerana antaranya ditawarkan 2 percutian ke Langkawi dan Bali. Antara yang menang.....




Setelah tamat sessi, ramai yang tidak melepaskan peluang bertemu En. Sabbri untuk mendapatkan personal tips dari beliau. Program ni memang best.... yang paling mudah untuk semua.


Antara tips yang beliau sarankan ialah:
- fokus
- berjiwa besar
- tetapi jangan lupa diri

Malam itu hanya melabuhkan tirainya jam 4 pagi. Semua tidak mahu berenggang dengan idola mereka En.Sabbri.

Ramai yang tabik spring dengan "cikgu" yang telah berjaya menganjur dan mengendalikan seminar ini dengan sukses sekali. Tahun depan kita buat lagi.....Semoga seminar ini berjaya menjadi inspirasi untuk kita berubah..... menjadikan 2010 lebih baik dan bermakna daripada 2009.

"We are different. We go beyond ordinary"
019-4625000

Monday, December 7, 2009

Review @ Seri Baling Inn

Suasana Di Seri Baling Inn




Kehadiran peserta di Baling memang tidak menghampakan. Memang ramai di kalangan kita yang ingin mengubah nasib masing-masing hadir untuk mendengar penerangan daripada cikgu. Ramai yang ingin berubah tapi bagaimana....atau impian hanya tinggal angan-angan yang tidak kesampaian. Kini dengan menyertai seminar ini mereka telah tahu caranya. Segera ambil tindakan supaya kita tidak ketinggalan.





Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya, adakah 2010 bakal membawa perubahan pada diri kita. Atau tidak ada apa yang berbeza....2010 ke 2009 ke sama saja...mungkin ada di kalangan kita yang berpendapat begitu? Masih adakah impian 2009 yang masih belum terlaksana? Atau apa impian anda di tahun 2010? Cikgu bersedia membantu anda merealisasikan impian-impian anda.





Orang-orang kuat cikgu yang banyak membantu dalam menjayakan Seminar Kewangan Islam ini. Terima kasih buat semua di atas kerjasama dan sokongan.



Penerangan daripada En Suhaimy peserta awal yang telah berjaya mengubah nasib beliau. Anda tidak ada keinginan untuk berjaya seperti beliau? Beliau telah berjaya mengumpul lebih dari RM100 ribu. Anda bila lagi?



Kemeriahan di Baling Inn turut diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Bersungguh-sungguh nampaknya cikgu memilih pemenang pada hari itu.



Sebagai penutup tirai 2009, cikgu akan sekali lagi bertemu anda di

Tempat : Safira Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tarikh : 18 Disember 2009
Masa : 8.30 malam

Saturday, November 21, 2009

Review Hotel Seri Malaysia, Kulim.

Syukur Alhamdulillah kerana seminar malam tadi berjalan lancar dan sempurna sepertimana yang telah dirancangkan. Melihat ramai hadirin yang turut serta dalam seminar ini membuatkan penat lelah saya selama lebih kurang 2 minggu menguruskan program ini bagaikan tidak terasa. Saya rasa cukup puas hati kerana usaha saya ini pada saya amat berbaloi apabila mendapat respon yang baik dari para peserta. Saya harap, saya dapat membuka minda mereka dan terbuka hati mereka untuk menyertai program ini. Untuk membantu orang ramai dari segi wang ringgit saya belum lagi bergelar jutawan jadi anggaplah seminar ini sebagai usaha dan jihad saya untuk membantu orang-orang Islam. Insyaallah semoga Allah kabulkan doa dan harapan saya.


Bilik Teratai C penuh dengan peserta seminar.


"Cikgu" tekun memberi penerangan kepada peserta.


Suasana meriah di dalam Dewan Teratai C


"Cikgu" sentiasa serius dan tekun bekerja

Kejayaan ini ingin saya kongsi dengan rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu dan memberi sokongan.

Jumpa lagi di seminar akan datang.

Seminar Kewangan Islam
Tarikh : 4 Disember 2009
Tempat : Baling Inn, Baling, Kedah
Masa : 3 petang



Bagi yang tidak sempat ke Kulim. Jumpa anda semua di Baling nanti. Jangan lepaskan peuang keemasan ini. Mungkin inilah satu-satunya peluang yang akan mengubah nasib anda. Renung-renungkan......

Hubungi "Cikgu" anda : 017-4166162

Friday, November 13, 2009

Kenali Consultant Anda

Seminar Kewangan Islam yang akan diadakan pada 20 November 2009 bakal dikendalikan oleh seorang yang berpengalaman dalam bidang kewangan. Telah beberapa tahun terlibat dengan FOREX iaitu dagangan matawang asing. Telah banyak ilmu FOREX yang saya turunkan kepada pelajar-pelajar saya dalam kelas-kelas FOREX yang dianjurkan. Namun begitu FOREX adalah ilmu yang bersifat teknikal dan memerlukan kefahaman dan kemahiran yang mendalam sebelum dapat betul-betul menguasai dunia FOREX.

Kini saya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menganjurkan seminar ini yang saya yakin relevan untuk semua golongan sebagai platform untuk bergelar jutawan. Seminar ini sesuai untuk semua golongan tidak mengira usia tua atau muda dan yang penting tidak kira apa jua latar belakang pendidikan anda. Yang diutamakan adalah keinginan untuk berubah.

Bersama Pakar Motivasi Dr. Tengku Asmadi b Tengku Mohamed yang banyak memotivasikan saya dalam meneruskan cita-cita saya.

Bersama Dr Wong seorang Duta United Nation yang banyak memberi inspirasi kepada saya.

SALAM SUKSES UNTUK SEMUA BAKAL JUTAWAN

Thursday, November 12, 2009

Minda Jutawan

Bagaimana membina minda jutawan? Catatan dari consultant anda:


Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu.
Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai tetapi... ianya tidak mustahil.


Tips:
-Jutawan banyak memberi. (Petikan dari karya Dr Thomas Stanley)
-Hadis juga menyatakan bahawa sekiranya kita memberi 1 dengan ikhlas, 10 akan dikembalikan kepada kita.

Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, minta maaf, title jutawan bukanlah untuk anda!

5 Langkah Membina Minda Jutawan
1. Penuhi fikiran anda dengan apa yang anda mahukan
2. Sebutkan dengan jelas
3. Bayangkan anda berjaya dapat apa yang anda inginkan
4. Masukkan emosi
5. Percaya dan yakin ini terjadi

Minda hanya tinggal minda jika tidak diusahakan. Oleh itu... setelah mendapat gambaran yang jelas tentang apa yang anda inginkan bertindak dan usahakanlah gambaran minda anda tadi. Bagaimana???????? Sertai Seminar Kewangan Islam, consultant anda akan tunjukkan jalan untuk mencapai IMPIAN anda.


Seminar Kewangan Islam. Seminar Untuk Bakal Jutawan

Seminar Untuk Bakal Jutawan Islam

10 orang terkaya di Malaysia menurut kaji selidik majalah Malaysian Business.

1 - Tan Sri Robert Kuok (RM26.6 bilion)
2 - Ananda Krishnan (RM20.1 bilion)
3 - Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion)
4 - Tan Sri Lee Shin Cheng - IOI Corporation (RM7.4 bilion).
5 - Tan Sri Quek Leng Chan (RM4.5 bilion)
6 - Puan Seri Lee Kim Hua (RM3.5 bilion)
7 - Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM3.18 bilion),
8 - Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (RM1.79 bilion),
9 - Tan Sri Tiong Hiew King (RM1.64 bilion)
10 - Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).

Daripada 10 yang disenaraikan hanya 2 orang sahaja daripadanya Jutawan Islam.

Tidakkah kita rasa tercabar. Sahutlah cabaran ini....Jom sertai Seminar Kewangan Islam. Mana tahu anda mungkin menduduki tahta no 1 senarai 10 orang terkaya di Malaysia atau buat permulaan jadi antara 100 orang terkaya di Malaysia sudah dikira cukup hebat. Apa yang penting buat suatu perubahan, bertindak sekarang.


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Tan Sri Azman Hashim


Siapakah yang bakal bergelar jutawan? Saya? Anda? Kita semua boleh menjadi jutawan.


JOIN SEMINAR KEWANGAN ISLAM. HIDUP ANDA INSYAALLAH AKAN BERUBAH. JIKA ADA KEMAHUAN UNTUK KAYA PASTI ADA JALAN. FIND OUT NOW!!!!

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. SERTAILAH.....

Seminar Kewangan Islam
Tarikh: 20 November 2009
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Kulim, Kedah
Masa: 8.30 - 10.30 malam
Bayaran: Percuma

Friday, November 6, 2009

Seminar Kewangan Islam

Seminar Kewangan Islam dianjurkan khusus untuk semua umat Islam seluruh Malaysia terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia sebagai medan untuk berkongsi ilmu tentang bagaimana untuk meningkat ekonomi umat Islam.

Seminar yang julung-julung kali di adakan ini memfokuskan tentang kaedah yang dapat membantu anda mengatasi masalah kewangan yang sering membelenggu umat Islam atau meningkatkan simpanan sedia ada anda.

Tips mengatasi masalah kewangan yang sering anda hadapi seperti :
1. hutang kad kredit
2. pinjaman PTPTN
3. pinjaman perumahan
4. pinjaman kereta
akan dibongkar apabila anda menghadiri Seminar Kewangan Islam ini.

Tips bergelar juwatan segera dalam tempoh kurang dari setahun juga akan dikongsi bersama anda dalam Seminar Kewangan Islam ini.

Anda semua dijemput untuk menghadiri Seminar Kewangan Islam.

Seminar Kewangan Islam
Tarikh: 20 November 2009
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Kulim, Kedah
Masa: 8.30 - 10.30 malam
Bayaran: Percuma