Syukur Alhamdulillah kerana seminar malam tadi berjalan lancar dan sempurna sepertimana yang telah dirancangkan. Melihat ramai hadirin yang turut serta dalam seminar ini membuatkan penat lelah saya selama lebih kurang 2 minggu menguruskan program ini bagaikan tidak terasa. Saya rasa cukup puas hati kerana usaha saya ini pada saya amat berbaloi apabila mendapat respon yang baik dari para peserta. Saya harap, saya dapat membuka minda mereka dan terbuka hati mereka untuk menyertai program ini. Untuk membantu orang ramai dari segi wang ringgit saya belum lagi bergelar jutawan jadi anggaplah seminar ini sebagai usaha dan jihad saya untuk membantu orang-orang Islam. Insyaallah semoga Allah kabulkan doa dan harapan saya.

Bilik Teratai C penuh dengan peserta seminar.

"Cikgu" tekun memberi penerangan kepada peserta.

Suasana meriah di dalam Dewan Teratai C

"Cikgu" sentiasa serius dan tekun bekerja
Kejayaan ini ingin saya kongsi dengan rakan-rakan seperjuangan yang turut sama membantu dan memberi sokongan.
Jumpa lagi di seminar akan datang.
Seminar Kewangan Islam
Tarikh : 4 Disember 2009
Tempat : Baling Inn, Baling, Kedah
Masa : 3 petang

Bagi yang tidak sempat ke Kulim. Jumpa anda semua di Baling nanti. Jangan lepaskan peuang keemasan ini. Mungkin inilah satu-satunya peluang yang akan mengubah nasib anda. Renung-renungkan......
Hubungi "Cikgu" anda : 017-4166162
No comments:
Post a Comment