Kehadiran peserta di Baling memang tidak menghampakan. Memang ramai di kalangan kita yang ingin mengubah nasib masing-masing hadir untuk mendengar penerangan daripada cikgu. Ramai yang ingin berubah tapi bagaimana....atau impian hanya tinggal angan-angan yang tidak kesampaian. Kini dengan menyertai seminar ini mereka telah tahu caranya. Segera ambil tindakan supaya kita tidak ketinggalan.
Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya, adakah 2010 bakal membawa perubahan pada diri kita. Atau tidak ada apa yang berbeza....2010 ke 2009 ke sama saja...mungkin ada di kalangan kita yang berpendapat begitu? Masih adakah impian 2009 yang masih belum terlaksana? Atau apa impian anda di tahun 2010? Cikgu bersedia membantu anda merealisasikan impian-impian anda.
Orang-orang kuat cikgu yang banyak membantu dalam menjayakan Seminar Kewangan Islam ini. Terima kasih buat semua di atas kerjasama dan sokongan.
Penerangan daripada En Suhaimy peserta awal yang telah berjaya mengubah nasib beliau. Anda tidak ada keinginan untuk berjaya seperti beliau? Beliau telah berjaya mengumpul lebih dari RM100 ribu. Anda bila lagi?
Kemeriahan di Baling Inn turut diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Bersungguh-sungguh nampaknya cikgu memilih pemenang pada hari itu.
Sebagai penutup tirai 2009, cikgu akan sekali lagi bertemu anda di
Tempat : Safira Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Tarikh : 18 Disember 2009
Masa : 8.30 malam

No comments:
Post a Comment